NOVA LEEZA || Lifestyle Blogger Malaysia

Nova Leeza

Puting Baby & Botol Susu Premium di Kimberlybabystore

Salam,
Holla semua. Sebagai seorang mak, kita mesti mahu yang terbaik untuk anak. Tambah-tambah yang baru sahaja menimang cahaya mata. Masih banyak kena belajar untuk menjaga dan memberi keperluan yang secukupnya untuk anak tersayang. Ya, ai dulu pun macam tu juga. Kalau boleh nak dapatkan semua yang terbaik untuk Eiman, dari barangan seperti botol susu, puting, selimut, baju, napkin sampailah pengasuh. Semua nak tip top kalau boleh. Kan kan.. Tapi tak ada garis panduan yang sempurna untuk mendidik anak ni, takda senarai keperluan lengkap juga yang boleh disesuaikan dengan semua orang. Tapi yang pastinya, sebagai parents, kita memang nak dapatkan yang terbaiklah kan. So, untuk itu, Nova nak kongsi dengan korang semua satu online shope; Kimberlybabystore yang membawa masuk produk-produk premium dari US Baby, Taiwan. Jom baca selanjutnya yang mana yang dikatakan produk premium tu...
Kalau kita cakap pasal Premium, orang akan takut sebab bagi mereka premium = mahal, mahal = premium. Tapi bukan di Kimberlybabystore ya, barangan premium yang dijual di sini dengan harga yang berpatutan dan mampu milik. Rekabentuk adalah terkini dan sangat trendy, dan yang paling penting, kita boleh yakin bahawa Kimberlybabystore memberikan tawaran produk yang jenamanya memegang piawaian tertinggi dalam Kualiti dan Keselamatan. Barangan yang ada di Kimberlybabystore ni bukan sahaja cantik, berkualiti dan trendy, malah ia juga sangat sesuai dijadikan hadiah kepada mereka yang baru sahaja menimang cahaya mata. 
Macam-macam barang dijual di sini seperti, pakaian bayi, diapers, botol susu, pacifier (puting), car seat, stroller, breast milk storage bag, cooler bag, ice packs, flask dan macam-macam lagi. So, ada 2 produk yang Nova nak kongsi my review dengan korang. Pertama Best Selling item Baby Pacifier, kedua Sili-Smart Anti-Colic Bottle. Pertama kali Nova buka parcel 2 barang ni, ai memang agak terkejut dengan kualiti produk ni. Memang betullah Premium Baby Product. Tengok packaging dia, buatannya, pegang produk dengan tangan... wow.. rasa macam tak pernah lagi rasa produk bayi yang sangat-sangat selesa dan lembut memang khas dibuat untuk anak kecik. Tersenyum aku, sebab aku memang dapat rasa good instincts dengan barangan dari Kimberlybabystore ni. 


Pertama, Best Selling Baby Pacifiers (Brand: US baby), nak cakap yang penting dulu iaitu ia diperbuat dari Silikon Platinum gred perubatan, haba stabil sehingga 310 darjah Celcius, lebih selamat daripada PC, PEX, PPSU Feeding Bottle. Kedua, ia tidak akan berubah bentuk dan tidak mengeluarkan bahan toksik, tidak mengandungi nitrosamines. Ketiga, eksperimen membuktikan bahawa ujian pecah mematuhi piawaian keselamatan tertinggi Eropah CE. Reka bentuk satu bahagian, tiada bahagian yang akan tertanggal untuk mengelakkan bayi menelan pacifier secara tidak sengaja. Keempat, Lulus ujian ISO10993 Antarabangsa: Sensitive test, Skin Irritating Test, Complement Dependent Cytotoxicity Test. Kelima, Bekas Perlindungan disediakan untuk penyimpanan kebersihan, dan boleh disterilkan. See how good is that? See their level!
 
US Baby Pacifiers
Ini ada maklumat mengenai bahan yang digunakan untuk membuat US Baby Pacifiers ni.
Dalam packaging dia ada sebiji Baby Pacifier dan Bekas menyimpan

Nampak tak ia dibina dengan Silikon Platinum gred perubatan yang sangat bermutu
Picit-picit je pacifier ni 👌
Bahan Membuat Puting Bayi: Gred perubatan; Platinum silikon, 310ºc. ; Penutup: PP, 100-120ºc.
Ciri-ciri Penting:
 
✔️ The Head with no tongue coating leaving function.
✔️ Tidak berubah dengan haba, tidak mengeluarkan bahan toksik, tidak termasuk nitrosamines.
✔️ Boleh menghalang makanan tetinggal dan kotoran putih pada lidah; untuk mengelakkan bayi mengalami halitosis dan jangkitan bakteria mulut.
✔️ Dibina sebagai 1 bahagian, tidak mudah pecah, tidak ada kecacatan, menggigit dan menguatkan gigi, berkesan mengurangkan gatal-gatal asid gusi dan ketidakselesaan lain semasa perkembangan gigi bayi.
✔️ Untuk kebersihan, anda dinasihatkan untuk menukar bayi pacifier setiap masa 2-3 bulan.

Menurut pakar US Baby :
Saiz puting US Baby direka mengikut peringkat pertumbuhan bayi. Sila pilih puting yang sesuai mengikut peringkat pertumbuhan bayi anda:
Selepas aku baca semua kelebihan Puting US Baby ni, aku dapat simpulkan beberapa perkara penting iaitu, bahan yang digunakan untuk membuat puting ini sangat bagus, kedua, rekaannya mempunyai ciri-ciri kebersihan yang maksima. Paling bagus boleh elakkan jangkitan kuman dari mulut baby. Ketiga, ia adalah Othodontic Pacifier, iaitu ia diberka seperti puting ibu yang sebenar. Sesuai untuk semua baby sebab dia ada kelulusan ujian ISO10993 Antarabangsa, tak akan ada iritasi dan sebagainya. Lepastu material dia sangat selamat untuk baby sebab dengan haba dia tak akan berubah bentuk dan tak akan keluarkan bahan toksik. Puting kena tukar setiap 2-3 bulan ye. Ha... sebenarnya aku baru tahu nak pilih puting baby ni kena cerewet bukan main bedal je. Kalau boleh bagilah yang elok sebab Puting ni kan, baby akan isap lebih dari 10 jam sehari kan. Bahaya juga kalau guna bahan yang tak betul2 berkualiti. So korang.. think before buy ok!


So, produk kedua yang Nova nak review adalah Sili-Smart Anti-Colic BottleKenapa kita kena pilih Bottle Anti Colic? Pernah tak baby kembung perut? Inilah salah satu sebabnya, angin masuk perut masa isap susu. Ya, sebab tu sangat penting kena pilih botol yang ada ciri-ciri anti kolik ya. Barang kedua ni, memang terbaik yang Nova pernah tengok. Ia adalah botol bayi Antioksidan US Baby Sili-Smart Wide Neck untuk gas dan kolik. 
Teat tidak mempunyai lubang pengudaraan, dan botol juga tidak mempunyai lubang pengudaraan, menghalang masuk udara untuk mengurangkan peredaran udara berlaku bersama susu ke perut bayi. Botol dan teater anti-kolik tradisional semuanya mempunyai lubang pengudaraan, akan menghasilkan banyak buih, sukar untuk mencapai kesan anti-kolik. Jadi kena tengok betul-betul, kalau selalu anak kembung perut, sakit perut angin... tu mungkin juga disebabkan botol susu yang tak ada fungsi anti-kolik. Nova pakai Sili-Smart Anti-Colic Bottle ni ada dalam seminggu dah. Yang menarik sekali adalah cara botol ini direka tak seperti botol susu bayi yang Nova pernah jumpa. Selalunya kan part badan tu terpisah dekat puting dia. Tapi yang ni, badan dia ada 2 bahagian tau. Manakala, keseluruhan bahagian botol susu ini terbahagi kepada 5 bahagian. 
Cara pemasangannya sebenarnya mudah sahaja ya macam dalam gambar kat bawah ni.
Tengok ni, pernah jumpa botol susu macam ni? haa... memang unik ye..

Senang gila nak cuci, senang nak pasang.
Diantara banyak-banyak botol susu yang Fatimah paling suka adalah Sili-Smart Anti-Colic Bottle ni ok!. Sebab apa? Sebab dia boleh picit-picit botol susu ni. Ha, memang seronok budak tu sambil minum sambil picit botol susu. hehehe... Korang memang kena dapatkan produk-produk dari Kimberly babystore ni sebab kualitinya memang terjamin bagus. Yang tadi ai cakap tu, Gred perubatan; Platinum silikon memang teratas dalam senarai. Lepastu, dia anti-kolik yang sangat penting dalam pemilihan botol susu. Binaan kukuh dan lembut, seronok budak-budak nak menyusu weh. Anak aku sekarang kalau nak susu dia akan cakap "Mummy nak susu picit-picit!" hehehee senang je nak suruh dia minum susu sekarang. hahahahaha baguskan? So, apa yang korang nak pikir panjang-panjang lagi tu, tak payah klik je https://kimberlybabystore.com/ ok! 



Untuk maklumat lanjut, korang kena pergi ke...
Selain itu korang juga boleh check Kimbelybabystore dekat Shopee : https://shopee.com.my/kimberlybabystore
So check them out k.
Thanks guys for your time.. bye muah. ✋

 


Older Post


Leave a comment

Please note, comments must be approved before they are published